KONKRIT RINGAN

unit8

OBJEKTIF AM

Memberikan pengetahuan asas tentang konkrit ringan, ciri-ciri, jenis dan kaedah penyediaan serta kegunaan konkrit ringan di dalam kerja-kerja pembinaan.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

 

ü      Mentakrifkan konkrit ringan.

ü      Membandingkan konkrit ringan dan konkrit padu.

ü      Menghuraikan kaedah penyediaan  konkrit berliang, konkrit tanpa halus dan konkrit batu baur ringan.

ü      Menamakan jenis batu baur ringan.

ü      Mengenalpasti kegunaan blok-blok ringan untuk jenis-jenis dinding tanpa beban.

ü      Menyatakan kelebihan menggunakan konkrit ringan dalam kerja binaan.

8.0        KONKRIT RINGAN

Takrifan Konkrit Ringan

      Konkrit ringan adalah konkrit yang menggunakan batu baur ringan. Batu baur ringan ini boleh terdiri daripada batu baur ringan yang digunakan dalam konkrit biasa iaitu batu baur kasar dan pasir, tanah Liat (expand clay), sanga berbusa (foamed slag ),batu hangus (clinker), batu hancur (crushed stones) ,batu baur organik dan bukan organik.

 

8.2       Perbezaan Di antara Konkrit Ringan dan Konkrit Padu

            

            Konkrit ringan           :           15 hingga  17.5 kN/m3

            Konkrit padu             :           21 hingga 23 kN/m3

 

8.3       Tiga Kaedah Penyediaan Konkrit Ringan

8.3.1    Penyediaan Konkrit Berliang

8.3.2    Penyediaan Konkrit Tanpa Halus (Konkrit Kasar)

8.3.3    Penyediaan Konkrit Batu Baur Ringan

 

8.3.1    Penyediaan Konkrit Berliang

 

Konkrit ringan diperolehi dengan memasukkan gelembung-gelembung gas atau  udara ke dalam bancuhan simen plastik (bercampur dengan pasir halus).

 

Konkrit ringan tidak mengandungi batu baur dan boleh diambilkira sebagai mortar berliang.

 

Ciri-ciri Konkrit Berliang

 

a)                 Penebatan haba yang tinggi

b)                 Gerakan lembapan yang tinggi

c)                 Pengecutan yang tinggi. 

 

Jenis-jenis Konkrit Berliang

 

a)                 Jenis tuang di situ

b)                 Jenis tuang dahulu

 

8.3.2    Penyediaan Konkrit Tanpa Halus (Konkrit Kasar)

 

Konkrit ringan seperti ini diperolehi apabila batu baur halus(pasir) tidak digunakan dan campuran konkrit terdiri daripada simen, air dan batu baur kasar. Konkrit ini boleh digunakan untuk kegunaan struktur  tanggung beban dan bukan tanggung beban.

 

Rekabentuk bancuhan untuk konkrit kasar ialah kekuatan hancur tidak kurang dari 15 N/mm2.  Batu baur yang digunakan hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

 

a)   Sekurang-kurangnya 95% batu baur mestilah melalui ayak BS 18 mm.

b)  Batu baur yang digunakan tidak boleh melebihi 10 % melalui ayak BS 10 mm.

c)  Batu baur tidak melalui ayak BS 4 mm.

 

Kekuatan konkrit kasar bergantung kepada jenis batu baur dan kandungan simen yang digunakan.  Konkrit kasar biasanya tidak digunakan dalam konkrit bertetulang tetapi sekiranya digunakan, lapisan simen (untuk menutup keluli) hendaklah setebal 3 mm.

Jadual 8.1  :  Menunjukkan hubungan nisbah bancuhan 

dan kekuatan mampatan

Nisbah batu baur/ simen berdasarkan isipadu

Nisbah air simen berdasarkan berat

Kekuatan mampatan 28 hari (N/mm2)

 

1 : 6

1 : 7

1 : 8

1 : 10

 

0.38

0.40

0.41

0.45

 

14

12

10

7

 

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

 

 

8.3.3    Penyediaan Konkrit Batu Baur Ringan

 

            Konkrit ini selalunya digunakan pada :

            a)        Blok konkrit tuang dulu

            b)        Bumbung dan dinding tuang di situ untuk kegunaan penebatan.

 

            Tujuan utama keperluan konkrit ini ialah:

 

a)        mempunyai kekuatan yang mencukupi

b)        mempunyai ketumpatan yang rendah (untuk penebatan yang baik)

c)        mempunyai pengecutan kering yang rendah (untuk mengelakkan berlakunya keretakan.

 

            Faktor-faktor di atas bergantung kepada :

            a)        Jenis batu baur yang digunakan.

            b)        Kadar bancuhannya.

            c)        Kadar kepadatannya.

            d)        Cara dan teknik pengawetannya.

 

Jadual 8.2  :  Jenis-jenis konkrit ringan dari pelbagai bahan

 

Bahan

Ketumpatan

(kN/m3)

1.      Batu hangus

2.      Sanga berbusa

3.      Tanah liat

4.      Abu bahanapi hancur tersinter

5.      Pumice

6.      Vermiculite

7.      Pearlit

8.      Konkrit ringan:

·         Konkrit kasar (non fines)

·         Konkrit berliang

·         Konkrit padu

11.5 - 16

10 - 12

7 - 11.5

11.5

7 - 11.5

5.5 - 7.5

4.5 - 7.5

 

14 - 17

3 - 9

22 - 23

            Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

 

Jadual 8.3 : Jenis-jenis Konkrit Ringan

Konkrit Kasar

Konkrit batu baur ringan

Konkrit Berliang

 

1.  Batu baur kasar

2.  Batu baur hancur

3.  Batu hangus kasar

4.  Tanah liat

5.  Syal kering kembang

6.  Batuan Ioh (Slate)

7.  Sanga berbusa

8.  Abu bahanapi hancur tersinter

 

1.  Batu hangus

2.  Tahi besi

3.  Tanah liat kering kembang

4.  Batuan Ioh kering kembang

5.  Syal kering kembang

6.  Bermiculite

7.  Pearlit

8.  Pumice

9.  Batu baur organik

 

Pengudaraan kimia

 

 

 

1.  Dengan menggunakan serbuk aluminium

2.  Dengan menggunakan hidrogen peroksida dan serbuk peluntur.

 

Campuran berbusa

 

 

 

1.  Busa berbusa

2.  Busa kandung udara

Jadual 4 : Jenis-jenis dan Pemeringkatan Batu Baur

 yang Sesuai untuk Konkrit Ringan

 

Jenis konkrit ringan

Jenis batu baur

Pemeringkatan batu baur

Konkrit kasar

Batu baur asli BS 882

Tahi besi BS 1047

Batu hangus BS 1165

Lain-lain bahan ringan

Saiz nominal  bahan antara 18 mm dan 10 mm ayakan BS.

Konkrit batu baur ringan

(partially compacted)

Batu hangus 

Tanah liat (kering kembang)

Tahi besi BS 877

Batu Ioh, syal

Vermiculite dan pearlit.

4 mm  ke bawah

Konkrit batu baur ringan

(fully compacted)

Tahi besi BS 877

Tanah liat (kering kembang)

Batuan Ioh

Syal dan abu bahanapi hancur tersinter.

18n mm atau 12 mm ke bawah hingga abuk halus.

 

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

 

            8.4       Ciri-ciri Konkrit Ringan

8.4.1    Penebatan haba (thermal insulation)

8.4.2    Pencegahan Kebakaran (fire insulation)

8.4.3    Daya ketahanan (durability)

8.4.4    Penyerapan air (water absorption)

8.4.5    Penembusan air hujan (rain penetration)

8.4.6    Sifat akustik

 

 

 

 

8.4.1    Penebatan haba (thermal insulation)

 

Penebatan haba didefinasikan sebagai kecekapan rintangan terhadap pengaliran haba sama ada melalui pengaliran, perolahan atau pancaran.

Konkrit ringan mempunyai rintangan penebatan haba yang tinggi.  Contohnya 150 mm dinding konkrit berliang dapat memberikan penebatan empat kali lebih baik daripada 225 mm tebal dinding bata.

 

8.4.2    Pencegahan Kebakaran (fire insulation)

 

Pencegahan kebakaran ada kaitan dengan penebatan haba.Terdapat dua jenis bahan pencegah kebakaran iaitu:

            a)        bahan yang mudah terbakar - contohnya bahan organik kayu

b)        bahan yang tidak mudah terbakar - contohnya bahan bukan organik seperti batu, bata, batu-batan dan lain-lain.

 

8.4.3    Daya ketahanan (durability)

 

Ia didefinasikan sebagai keupayaan  bahan menanggung kesan-kesan sekeliling seperti kesan kimia, tegasan fizikal dan kesan mekanikal.  Kesan kimia yang dimaksudkan termasuklah air tanah yang mengandungi sulfat, pencemaran udara dan tumpahan cecair reaktif.

 

Tegasan fizikal ialah pengecutan, tegasan-tegasan suhu, sejukan dan lain-lain lagi.  Jika ke semua tegasan fizikal akan menyebabkan keretakan pada struktur konkrit ringan.

 

Kesan mekanikal ialah hentaman dan beban yang berlebihan.  Keadaan keluli dalam unit struktur perlu dilindungi daripada berkarat.

 

 

8.4.4    Penyerapan Air (Water absorption)

Penyerapan air oleh konkrit ringan adalah tinggi dan lebih daripada yang terdapat pada konkrit padu.  Ini adalah kerana konkrit ringan mempunyai liang-liang di dalamnya.

 

8.4.5    Penembusan Air Hujan

            Ia merupakan ciri penting untuk dinding.

 

8.4.6    Sifat Akustik

Faktor utama dalam penebatan bunyi ialah ketumpatan bahannya.  Oleh itu untuk penebatan bunyi, konkrit ringan tidak dapat menunjukkan ciri-ciri yang dikehendaki.

 

8.5       Kebaikan Konkrit Ringan Di dalam Pembinaan

            a)        Pengurangan beban mati

Dalam projek pembinaan untuk bangunan yang tinggi, penggunaan konkrit ringan adalah meluas kerana beban matinya yang rendah.

            b)        Kos pengawasan rendah

            c)        Pembinaan dapat dijalankan dengan kadar yang cepat.

Dalam pembinaan dinding / sekatan, penggunaan konkrit ringan lebih mudah dan cepat daripada dinding yang menggunakan bata.  Ini adalah kerana bahan-bahan konkrit ringan terdiri daripada sisa-sisa industri seperti industri arang batu, besi, kimia dan lain-lain lagi.  

No comments :

Post a Comment