KONKRIT TEGAS DULU

unit6
OBJEKTIF AM
Memahami pengetahuan asas mengenai kaedah tegas dulu  dari segi takrif, prinsip-prinsip, kebaikan, kaedah pembuatan, jenis-jenis tetulang tegas dulu serta kegunaannya dalam kerja-kerja pembinaan.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
Menyenaraikan pelbagai kegunaan konkrit tegas dulu dalam kerja-kerja pembinaan
6.0        KONKRIT TEGAS DULU
6.1       Takrifan Konkrit Tegas Dulu
Konkrit bertetulang yang ditegaskan terlebih dahulu supaya tegasan tegangan di mana timbulnya rerambut akibat daripada rekahan yang berlaku pada zon tegangan dapat diatasi.
Tujuannya adalah untuk menghadkan  kawasan tegasan tegangan struktur di mana retakan / rekahan akan berlaku pada konkrit apabila beban dikenakan ke atasnya.
Proses ‘tegas dulu’ dalam konkrit bertetulang dibuat dengan menarik atau menegangkan dawai-dawai keluli dan tetulang secukupnya.
*        Apabila dawai atau tetulang ini dilepaskan dari mesin penarik atau penegang, ia akan menarik sama rata konkrit-konkrit yang terdapat disekelilingnya dalam usaha untuk kembali ke ukuran atau saiz asalnya. (Rujuk Rajah 6.1)

      Ciri-ciri rekabentuk konkrit tegas dulu mengambilkira iaitu:
a)        Retakan / rekahan
b)        Pindahan tegasan
c)        Lenturan 
d)        Pesongan 
e)        Ricihan
*  Contoh mudah harian terhadap prinsip asas teori tegas dulu ialah kerja yang dilakukan oleh seseorang ketika mengangkat beberapa biji bata. Salah satu daripada cara mengangkat ialah dengan menyusun bata itu melintang dan mengenakan tekanan yang seimbang dikedua-dua hujungnya (Rujuk Rajah 6.2).

Dalam konkrit tegas dulu, tegasan mampatan dulu  boleh direkabentuk untuk menahan tegasan tegangan sendeng (ricihan).
Di bawah beban kenaan unit tegas dulu akan melentur dan mengurangkan mampatan bina dalam. Tetapi apabila beban diedarkan, mampatan akan kembali semula dan unit akan kembali ke bentuk asalnya. Anda boleh merujuk Rajah 6.3 (a) dan (b) untuk lebih penjelasan dalam membantu memahami konsep teori ini.

Apabila beban dikenakan dan tegasan tegangan terbentuk dalam tetulang keluli, retakan/rekahan juga terbentuk pada konkrit disekeliling tetulang.
*  Ini adalah kerana daya terikan tegangan konkrit adalah rendah. Oleh itu konkrit tegas dulu direkabentuk untuk mengatasi kelemahan ini yang berlaku kepada konkrit tetulang (Rujuk Rajah 6.4).
Rajah 6.4 : Retakan/rekahan pada konkrit tetulang

Tegasan tegangan dalam konkrit dapat diatasi dengan :
a)     Penggunaan tetulang dalam konkrit bertetulang.
b)     Penggunaan system teori penegasan dulu.
*  Konkrit tegas dulu digunakan untuk struktur siap tuang iaitu struktur yang menanggung beban yang tinggi seperti jambatan.
6.2       Prinsip-prinsip Asas Konkrit Tegas Dulu
*  Prinsip yang digunakan ialah dengan memberikan daya mampatan terhadap konkrit.
*   Oleh itu tegasan mampatan akan terdapat dalam konkrit.
     
*  Tujuannya ialah untuk mengimbangi tegasan tegangan yang terlibat apabila beban dikenakan.
     
*  Kabel / Besi tetulang akan di tarik dan ditegangkan serta ditambatkan secara kekal di hujung konkrit dan ini akan berlakunya daya tegangan.
*  Daya tegangan ini kemudiannya dilepaskan agar kabel tadi akan cuba kembali ke panjang asal.
     
*  Proses ini akan menerbitkan / berlakunya daya mampatan (yang berlainan arah) di dalam konkrit.
*  Konkrit yang telah dimampatkan tadi tidak lagi dianggap sebagai beban mati tetapi bertindak seperti mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi untuk mengelakkan retakan.
      *  Konkrit adalah kuat dalam mampatan tetapi lemah dalam tegangan.
     
6.3    Kebaikan Konkrit Tegas Dulu
*  Hanya 1/5 sahaja daripada berat tetulang yang diperlukan oleh konkrit bertetulang digunakan dalam konkrit tegas dulu.
*     Kuantiti konkrit yang diperlukan adalah kurang.
  
*  Ahli konkrit tegas  dulu diuji semasa pembuatannya dan sebarang kerosakan dapat diperbaiki.
*     Mempercepatkan masa untuk pembinaan struktur yang besar.
   Contoh :  Jambatan dan Fly- over.


No comments :

Post a Comment