OBJEKTIF AM
Memahami pengetahuan asas mengenai simen dan teknologi konkrit dalam industri pembinaan.OBJEKTIF KHUSUS
Di
akhir unit ini anda dapat :
1.0
PENGENALAN KONKRIT
Konkrit merupakan bahan binaan yang sangat penting dan popular digunakan
dalam pembinaan pada masa sekarang. Ini kerana ciri-ciri yang terdapat pada
konkrit tersebut memenuhi kriteria yang diperlukan bagi memastikan ia sesuai
digunakan dalam apa jua keadaan.
Konkrit ialah bahan yang dihasilkan apabila simen,batu
baur halus/pasir, batu baur kasar dan air digaul dan dicampur mengikut
kadar campuran/nisbah yang tertentu dibiarkan mengeras supaya membentuk
sesuatu anggota struktur. Nisbah bancuhan mestilah mengikut penentuan yang telah
ditetapkan bagi menghasilkan kekuatan yang diperlukan. Kekuatan konkrit
bergantung kepada nisbah bancuhannya (Rujuk
Jadual 1.1).
Semasa bahan-bahan tersebut dicampur dan digaul, air dan simen bersatu
melalui proses kimia yang dinamakan proses penghidratan (hydration) dan
menghasilkan pasta simen. Pasta simen ini bertindak sebagai bahan pengikat/pelekat
kepada komponen-komponen konkrit seperti batu baur halus/ pasir dan batu baur
kasar (Rujuk Rajah1.1).
Bahan aktif yang terdapat dalam konkrit adalah simen
dan air. Manakala batu baur pula adalah bahan lengai. Batu baur tidak memberikan
sebarang tindakan semasa proses penghidratan tetapi bertindak sebagai pengisi
ruang dan memberikan kekuatan, kelasakan serta daya rintangan daripada
berlakunya pengecutan. Oleh kerana harga batu baur lebih murah daripada
bahan-bahan lain maka ia boleh digunakan semaksima yang mungkin.
Selepas proses penghidratan, kandungan air air dalam
konkrit menjadi kurang dan beransur-ansur kering.
Konkrit yang telah mengeras serta mempunyai
rekabentuk yang baik mestilah mempunyai lompang (liang udara/void) lebih kurang
1% , dan pasta simen (air/simen/campur batu baur kasar dan halus) lebih kurang
75% .
a) Kualiti
bahan-bahan yang digunakan.
b) Nisbah
bancuhan.
c) Penggredan
batu baur.
d) Amaun
air yang digunakan.
e) Cara
memampatkannya setelah di tempatkan di dalam acuan.
f)
Pengawetan yang dilakukan setelah mengeras.
g) Cara
mencampur dan mengangkut.
h)
Kualiti acuan yang digunakan.
-
Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini adalah penting dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.
-
Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga lain
-
Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentukkan kepada sebarang bentuk mengikut acuannya.
-
Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.
-
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat konkrit iaitu simen, pasir, dan batu baur mudah didapati dan murah.
Syarat bagi penyediaan konkrit yang baik
a)
Batu baur yang digunakan mestilah keras dan tahan lama, seperti batu
granit.
b)
Batu baur yang digunakan mestilah digredkan dengan sempurna.
c)
Kandungan simen hendaklah mencukupi.
d)
Air yang digunakan untuk membancuh mestilah bersih dan tidak mengandungi
sebarang kotoran atau garam.
e)
Jumlah air mestilah sederhana untuk menghasilkan konkrit yang sama
konsistansi.
f)
Bahan-bahan perlu dibancuh dengan betul dan sempurna
supaya konkrit itu menjadi bancuhan yang seragam.
g)
Kepadatan konkrit mesti terjamin dengan mengadakan getaran atau cucukan
yang sesuai dan mencukupi tetapi tidak boleh melampau.
h)
Selepas konkrit ditempatkan dan menjadi beku, pengawetan yang sesuai
perlu dilakukan supaya mendapat binaan konkrit yang baik mutunya.
saya ingin berbagi dengan Anda semua tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari perusahaan pinjaman yang sangat baik dan jujur yang terdaftar di Amerika Serikat, karena saya melamar sebagai pinjaman awal, saya butuh beberapa dokumen untuk memenuhi persyaratan mereka tetapi insya Allah saya lulus dan bekerja dengan lancar sebagai pengusaha. hubungi whatsapp: +18632310632 / pedroloanss@gmail.com untuk semua jenis bantuan keuangan seperti pinjaman dan fasilitas investasi.
ReplyDelete