OBJEKTIF AM
Memahami langkah-langkah penyediaan dan kerja-kerja konkrit di tapak bina.
OBJEKTIF KHUSUS
Di
akhir unit ini anda dapat :
4.0
PENYEDIAAN KONKRIT
DI TAPAK BINA
Konkrit Siap Campur (Ready Mixed Concrete) digunakan secara meluas di negara
ini bagi industri pembinaan. Penghasilan konkrit siap campur memerlukan
perancangan yang teliti kerana ianya melibatkan kuantiti penghasilan konkrit
yang besar.
Konkrit siap campur ini dihasilkan di Loji Penggaulan/Pengelompokan
konkrit (Batching Plant) yang biasanya berdekatan dengan tapak bina bagi
memudahkan penghantaran konkrit dengan menggunakan trak penggaul (truck mixer)(Rujuk
Gambar 4.1).
1) Pengelompokan dan Penggaulan Konkrit
2) Mengangkut Konkrit
3) Penempatan dan Pemadatan Konkrit
4) Meratakan (Levelling) Konkrit
5) Kerja Kemasan menggunakan Hand Floating
6) Pengawetan (Curing)
4.1.1
Jenis-jenis Loji Pengelompokan
Terdapat 2 jenis loji pengelompokan asas :
i.
Loji Pengelompokan Kering
Simen
dan batu baur ditimbang dan dicurah terus ke dalam trak penggaul (truck mixer).
Air akan dimasukkan ke campuran di loji. Campuran konkrit dibuat di dalam drum
trak penggaul dengan menggunakan 80-100 pusingan drum bagi 8-10 minit masa
penggaulan untuk menjamin campuran konkrit yang dihasilkan adalah seragam (Rujuk
Gambar 4.2).
ii.
Loji Penggaul Pusat
Simen, batu baur dan air digaul di dalam penggaul sebelum
dimasukkan ke dalam trak penggaul. Semasa pemindahan, drum trak penggaul
berputar perlahan-lahan pada kadar 1 atau 2 putaran per minit untuk
membalik-balikkan konkrit.
Apabila trak penggaul tiba di tapak bina, dram perlu
sentiasa berputar antara 10-15 putaran per minit sekurang-kurangnya selama 3
minit. Ini adalah untuk memastikan campuran digaul secara menyeluruh sebelum
dikeluarkan.
4.1.1
Kaedah-kaedah Pengelompokan Konkrit
Terdapat
dua kaedah yang digunakan dalam pengelompokan, iaitu :
i.
Kaedah isipadu
ii.
Kaedah berat
i. Kaedah isipadu
Kaedah
ini biasanya menggunakan kotak penyukat dan merupakan kaedah konvensional dan
telah lama dipaktikkan di tapak bina. Kaedah ini tidak boleh digunakan untuk
kerja yang memerlukan ketepatan yang jitu kerana isipadu bahan konkrit
bergantung kepada kepadatannya. Nisbah setiap bahan konkrit dikira berdasarkan
isipadu. Isipadu simen dikira berdasarkan isipadu satu kampit/ beg simen dan
begitu juga untuk pasir dan batu baur kasar dikira mengikut isipadu satu beg
simen.
Ketumpatan
simen berdasarkan BS lebih kurang 1442 kg/m³. penentuan ukuran kotak adalah
seperti berikut :
1
kampit simen
=
50kg
Dalam
isipadu
=
50kg/ 1442kg/m³ = 0.035m³
Ukuran
kotak yang digunakan ialah (0.33m x 0.33m
x 0.33m
= 0.035m³.)
Jika
di tapak bina tidak boleh menyediakan alat timbang. Kaedah campuran berdasarkan
berat bahan konkrit perlu digunakan. Dimana ketumpatan untuk simen 1440kg/m³,
pasir 1400kg/m³ dan batu baur kasar 1600 kg/m³.
Contoh :
Nisbah
Campuran
=
1 : 1.9 : 3.8
1
kampit simen 50kg
=
50/1440
= 0.035m³
1.9
x 50kg pasir
=
(1.9 x 50) /1400
= 0.068m³
3.8
x 50kg batu baur kasar
=
(3.8 x 50) / 1600
= 0.118m³
Ukuran
kotak yang biasa digunakan adalah berisipadu :
(0.3m
x 0.3m x 0.3m = 0.027m³)
maka gunakan :
Simen
=
1 beg
Pasir
(0.068/0.027)
=
2.5 kotak
Batu
Baur Kasar (0.118/0.027) =
4.4 kotak
ii.
kaedah
berat
Kaedah berat
menggunakan prinsip timbangan. Kaedah ini lebih sesuai digunakan untuk
tujuan kawalan di makmal bagi tujuan pengujian .
Contohnya :
Nisbah Campuran - 1:1.9:3.8
dan nisbah air-simen 0.5
1 kampit simen x 50kg
=
50kg
1.9 x 50kg pasir
=
95kg
3.8 x 50kg batu baur kasar
=
190kg
Air
=
25kg
hi cement density according to BS berapa ye
ReplyDelete